Latest Entries »

Followers

Wednesday, June 3, 2009

Sahabat-sahabatku bertebaran...

Sabda nabi junjungan Sayyiduna Muhammad s.a.w,"Khairun nas anfa'ukum linnas"."sebaik-baik

manusia dalam kalangan kamu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain".Semoga ana

dan sahabat-sahabat semua tergolong dalam kalangan mereka yang disebut oleh nabi s.a.w.Kini

sahabat-sahabat ana bertebaran di bumi Allah meneruskan perjuangan menuntut ilmunya yang

hanya sedikit dikurniakan kepada kita.Sahabat-sahabat ana semenjak dari Imtiaz Dungun

hinggalah ke SMAASZA kini selangkah menuju cita menjadi orang berguna untuk agama dan

umatnya.Ada yang terjun ke bidang agama tulen(ulama'),sains tulen(profesional,teknokrat dll

lah),al-hafiz wal hafizah dan bidang-bidang kemahiran dan yang lainnya.Semoga dengan ilmu

yang ada digunakan sepenuhnya untuk islam.Memang kelebihan yang diberikan oleh Allah

kepada kita semua berbeza-beza.Minat kita yang berbeza-beza pun adalah anugerah daripada

Allah.Oleh itu,janganlah ada dalam kalangan kita yang Merasa lebih daripada yang lain.Sama-

samalah kita saling hormat-menghormati.Kerana akan datang kita akan menjadi orang

terkedepan dalam masyarakat(insyaallah).Sama-samalah beramal dengan ilmu dan tawadhu'

dengan ilmu dan kelebihan yang ada.Sabda nabi,"barangsiapa yang tawadhu' Allah akan

mengangkat darjatnya,barangsiapa yang takabbur(membesar diri),maka Allah akan

merendahkan darjatnya.wallahua'lam.

0 comments: