Bukhari (Al_Azhar) dan Azidi (al-Azhar)-biiznillah
Syukri(IPTA),Nabilli(IPTA)-biiznih
Amir (Al-Azhar),Kamal(al-Azhar),Zahani(al-Azhar)-insyaallahMuzani(Al-Azhar),Ulwan(Al-azhar)-masyaallahu kana wama lam yasya' lam yakunBeginilah serba sedikit suasana hari jamuan wida' Thanawi 3 08 yang dapat ana
kongsi dengan pengunjung sekalian.Alhamdulillah hari ni ikhwah semua dapat hadir
kecuali beberapa orang dalam bilangan yang kecil.Mungkin satu atau dua orang
begitulah.
Tapi akhowat wallahua'lam,separuh sahaja yang dapat hadir dengar kata,maklumlah
akhowat ramai,dalam 40 orang juga semuanya.Walau apa pun setinggi kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana mempertemukan semula kami yang telah
beberapa bulan berpisah.Kecuali yang sama-sama terlibat dengan "amal
islami".Insyaallah kita hanya berpisah dalam bentuk fizikal,namun kita semua tetap
dekat di hati.Kerana jika ikatan ukhuwwah ini kita bina atas dasar 'aqidah,maka
sudah pasti Allah akan menjaganya.Moga-moga kita semua digolongkan dalam
kalangan mereka yang mendapat kemuliaan daripada Allah.Teringat ana kepada
kata-kata sayyiduna 'Umar Al-Khattab,"NAHNU QAUMUN A'AZZANALLAHU BIL
ISLAM"."KITA ADALAH SATU KAUM YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH
KERANA ISLAM".Justeru itu,ayuh kita berpegang teguh dengan kitab Allah dan
menggenggam erat sunnah rasulillahi s.a.w.
Tak lupa juga kepada guru-guru yang menjadi pembimbing kepada kami.Bonda
Ustazah Hajjah Amnah yang senantiasa menceriakan keadaan dan begitu jugalah
dengan Ustazah Wan Raihanah.Ustaz Hassan yang Faqih,Ustaz Mat Sidi yang sabar
mendidik,Ustaz Ku yang halus kata-katanya namun dalam maksudnya(Dah
namanya MASTER mantiq),Ustaz Abd Rahim yang memahamkan kami tentang
Al-Quran dengan kitab tafsir al-azharnya,Ustaz Amir yang amat sporting,Ustaz Rosdi
yang amat kami hormati,kalamnya penuh 'izzah(bernada Tuan Guru HJ Abdul Hadi
Awang),Ustazah Wan Farisah yang sabar mengajar kami ADAB WAN NUSUS(killer
subjek bagi ana lah),Ustazah Faedah yang aku kagumi,kerana dia seorang
perempuan,tapi 'alim dalam ilmu nahu(jarang ku ketemu wanita yang mengajar kitab
SYARAH IBNU 'AQIL),ku doakan sahabiah-sahabiahku juga begitu,amiin,Ustazah
Rohaya yang tabah dan guru-guru dari Al-Azhar Syarif(Sheikh Abd Rahman,Sheikh
Ibrahim,sheikh Aiman dan yang lain-lain)
Ust Hassan dan Ust Mat Sidi
Ust Ku Hassan
Sheikh Ibrahim,Ust Ibrahim,Sheikh Abd Rahman,Ust Abd Rahim dan Sheikh AimanUst Rosdi
0 comments:
Post a Comment