Asaalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah Allah bagi jugak masa untuk ana mencoret serba sedikit tentang perjalan hamba
Allah
yang hina ini pada hari ini kat dalam laptop ni..
Hari ini ana nak menuju ke Kuala Terengganu
untuk menghadiri satu program
daurah.
Namun apakan daya..
Tayar kereta pulak bocor.
Jadi terpaksalah ana membatalkan hasrat
untuk ke sana.
Rindu rasanya suasana ditarbiyyah..
Kerana akhir-akhir ni sibuk dengan mentarbiyyah adik-adik.
"Dah sempurna ke diri ni nak tarbiyyah orang??",detik hati.
Em,persoalan ini boleh ana bahagikan kepada dua bahagian.
Yang pertamanya,
Ia adalah untuk menilik semula ke dalam hati kita
agar bermuhasabah
untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah yang yang lebih baik.
Dan yang keduanya,
Ia adalah bisikan dari syaitan agar semangat dakwah kita
luntur.
Manusia manakah yang sempurna selain nabi??
Apa yang penting,
Kita hendaklah sentiasa membaiki ke arah yang lebih baik.
Memperkasakan ilmu,memperbanyakkan amal dan menyeru
orang lain ke arah kebaikan
serta mencegah daripada melakukan kemungkaran.
Maka di sinilah timbul kewajipan untuk berdakwah.
Dan di sana ia memerlukan suatu jamaah
yang berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah
Yang mana jamaah itu
hendaklah suatu jamaah yang
lengkap dengan semua
ciri-ciri islam.
1.Rabbaniyyah
2.Syumuliyyah
3.'Alamiyyah
4.Waqi'iyyah
5.Thabat Wal Murunah
6.Inqilabiyyah
Jemaah manakah yang lengkap semua ciri-ciri ni??
Sudah pasti Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Justeru wajiblah ke atas kita berintima' dengan jemaah ini.
Bukan hanya jadi ahli,
sebab nabi tak kata"Tusajjiluu"...
Bukan hanya jadi penyokong atau masuk,
Sebab nabi tak kata"udkhuluu"..
Bukan juga pemerhati dari jauh,
Sebab nabi tak kata "Unzuruu"..
Tapi nabi sebut...
"Talzamu jamaa'atal muslimina wa imaamahum"
"iltizamlah kamu bersama jemaah islam dan kepimpinan mereka"
Justeru wajiblah kita duduk dalam jemaah islam,
bekerja di dalamnya dengan ikhlas dan penuh pengorbanan(tadhhiyyah),
Mudah-mudahan kita terus menjadi penyambung rantai
perjuangan nabi-nabi dan rasul-rasul
'alaihimussalatu wassalam..
Kerana kita yakin dengan janji Allah
bahawa islam itu pasti menang..
Cukupkah jika sekadar jadi baik seorang diri??
Tak takut ke dengan amaran daripada nabi??
"MAN LA YAHTAMMA BIAMRIL MUSLIMIN FALAISA MINHUM
Ya Allah...melalut pulak ana ni.
asif-asif,maaf-maaf,sorry-sorry.
Kat mana tadi ye?
haa..kereta rosak kan??
saspen je bunyinye.
sapen ke??
ikut lah..
"hah..muzani nak datang daurah??
bukan ke die tak boleh mari?"
"Naik kereta pulak tu"
Yang sebenarnya,
tiada kaitan pun antara kereta bocor dengan daurah tu..
Maaf lah,ana bergurau je tadi tu.
Tujuan sebenar ana post entri ni adalah sepertimana
tajuk yang tertera di atas tu.
ana cuma nak ucapkan
"SELAMAT BERDAURAH KEPADA SAHABAT-SAHABAT DAN SAHABIAH-SAHABIAH SEKALIAN"
Jadi,selesai sudah..
tu je tujuan yang sebenarnya..
Dah kereta bocor tu ape pulak??
kisahnya begini.
"Abang"
"Ye bah",jawabku.
"Kereta abah ni bocor pulak dah,tak tau la terpijak ape"
"Abah nak pergi mengajar ni,jadi abah ambik kereta ni (kereta lagi satu)"
"Nanti abang pergi betulkan eh"
"Ok bah",jawabku patuh.
Haa..
Tayar ni la yang bocor tu.
"Ayyo bos..Manyak besar punya paku maa"kata mekanik
memang payah nak cari bengkel kereta melayu yang berdekatan.
Setelah diterik paku yang terbenam dalam tayar tersebut,
"Hayyoo,ini bukan paku bos..ni skrew"
"Manyak besar dia punya lobang"
"kene tukar tayar ke?"soalku.
"Boleh tampal lagi ni"
"Alhamdulillah,tak la mahal sangat",menerik nafas kesyukuran
"Huh,besarnya skrew"
"macamane die boleh tembus ni uncle?"
"Kereta bos berat sangat lo"
"oh,ok2,thanks"
"ok2"
Haa..begitulah ceritanya.
"Jika terlalu berat dosa kita,maka makin banyak lah titik hitam yang akan menembusi hati kita"
huhu..pandai-pandai pulak buat perbandingan.
Apa-apa pun.
Segala yang baik datang daripada Allah,
Segala yang buruk datang daripada diri ana yang dhaif lagi hina ini,
walaupun hakikatnya kedua-duanya datang darpada Allah..
Mana Yang baik ambiklah sebagai pedoman.
Yang buruk buang jauh-jauh.
Salam kasih sayang dari ana dan....
....adik 'Aisyah Rodiah bt Abdul Karim.
Wallahua'lam
2 comments:
besornya skru..huhu..
ana rasa kete 2 berat sbb tuan dye berat ngat..haha..
haha.ye doh naseh:)
Post a Comment