Assalamualaikum w.b.t....
Seusai tamat pengajian di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin,
berbulan-bulan jugak ana berada di Terengganu melakukan kerja-kerja islam bersama sahabat-
sahabat yang lain.Alahmdulillah Allah beri ana kesempatan.
Namun apakan daya,ana tak seperti sahabat-sahabat yang lain yang sememangnya menetap di
Terengganu bersama keluarga.
Maka tibalah masanya mak dan abah menjemput ana balik ke rumah di Melaka untuk menetap
bersama mereka.
"Abang balik la ye,mak dan abah rindukan abang.."
"bile lagi abang nak balik rumah tinggal dengan mak dan abah?,nantikan nak gi mesir dah,
tiga bulan je lagi.balik ye sayang",nada sayu seorang ibu yang
kukasihi.
"Baiklah mak,nanti abang balik ye.."
"Ade sikit je lagi kerja yang belum selesai",jawabku berat untuk menghampakan hati seorang
ibu.
"Ana kene balik Melaka"
"Takpelah,nta balik lah..insyaallah nanti kita bersama lagi",jawab sahabat-sahabatku memahami
kondisiku.
"Maafkan ana kerana tak dapat bagi komitmen sepenuh masa di sini"
"Ade program ana balik sini balik ye",aku memberi harapan.
"ok,la baksa",jawab sahabatku memahami keadaanku.
Alhamdulillah,ana bahagia bersama keluarga tercinta yang ditinggal sejak 6 tahun dahulu
demi mengejar cita-cita menggali seberapa banyak ilmu di Imtiaz dan SMAASZA.
Lebih bahagia kerana kami baru berpindah ke rumah baru.
Jika dulu,jiran-jiranku adalah dalam kalangan mereka yang 'pekat' UMNO.
Susah sekali untuk berbaik dengan mereka.Ada saje yang didengkikan terhadap Abah.
Abah,mak,acik dan ateh,semuanya telah disihir ketika kami tinggal di rumah lama.
Alhamdulillah ana,angah dan adik faiz tidak terkena tempias tersebut kerana kami belajar di
Terengganu.
Alhamdulillah kini kami hidup tenang di rumah baru.
Jiran pun fikrah yang sama.Mudah untuk membuat kebajikan antara satu sama
lain.Bukan lah maksud ana nak tunggu satu fikrah baru boleh buat baik.bukan
macam tu maksud ana.Maksud ana jiran yang dulu memang memusuhi Abah kerana
lantang bercakap tentang kebenaran.
Inilah rumah jiran ana yang bersebelahan dengan rumah ana.
Pak Cik Khiral seorang pensyarah yang baik hati.
Mak cik Izzah seorang guru juga begitu.Mereka lah yang selalu menghantar ana ke stesyen bas
jika ana ingin ke Terengganu tatkala abah ana padat dengan jadual kuliahnya.Mereka baik sekali dengan kami sekeluarga.
Walaupun berpendidikan,mereka rajin belajar agama dengan abah kerana mereka bukanlah dari
bidang agama.
"Abang..mari sini kejap",abah memanggilku.
"ye bah,ade ape?".
"Ni kitab yang abang kene ajar",aku mengambil kitab-kitab tersebut.
"matan jurumiah?saraf?safinatunnaja?quran tajwid?tanbihul ghafilin?"ana bermonolog.
"Ya Allah,kuatkanlah diriku.."
"Takpe-takpe,bila lagi nak gune dan sebar segala ilmu yang telah aku pelajari selama
ni"bermonolog lagi.
Berbekalkan semangat 'addaalu 'alal khair ka faa'ilih' ana meneruskan rutin harian mengajar
pelajar-pelajar.
Oppppss..terlupe nak bagitau,pelajar-pelajar yang ana ajar ni adalah para pelajar di pondok
madarasah tarbiyyatul banat yang baru dibuka yang diasaskan oleh abah an sendiri.
betul-betul rasa terisi kini.Tak la masa kadang-kadang tak terisi seperti dulu.Alhamdulillah
semuanya setelah pindah ke rumah baru dan selepas abah buke pondok.
Pondok ke ni?
haha,tak kisah lah.
mungkin kerana sistem pengajiannya mengikut cara pondok,maka dipanggillah akan ia
dengan nama pondok.
Jadi nilah asrama untuk pelajar-pelajar di sini.
Tapi semuanya perempuan,tu yang susah tu...
Tapi takpe,ana mengajar disebalik tabir.
haa..
macam ni la keadaannya.
pelajar-pelajar duk disebalik tabir sana.
Disebalik tabir ni lah tempat mereka menuntut ilmu.
Mudah-mudahan mereka menjadi wanita-wanita solehah yang berguna untuk agama..amiin.
"Wallahua'lam,esok insyaallah kita sambung",ana menamatkan kalam ana ketika mengajar kitab ummu barahin.
"Abang,tadi Mak Lang Telefon,Die suruh gi ambik durian kat rumah die.boleh?"
"Durian??,boleh mak,boleh-boleh",seronok bebeno,memang ana suke makan durian.
"Lagi pun lama tak jumpa mak lang"
"Adik dengan Faris pun nak ikut",rayu adik ana Faiz.
"Jom"balas ana
"vroom"ana menyetat kete ana.
Terus memecut 100km/j menuju ke rumah mak lang...vroommmm
bimbang mak lang tertunggu-tunggu..kerana penantian satu penyeksaan..
Alhamdulillah..
sampai juga akhirnya.
"Wah,cantiknya rumah Mak lang.."
"lame dah tak datang sini"
"vroooom"ana memakingkan kete di belakang kete Pak lang..
"Assalamualikum"
"Waalaikumussalam"jawab Mak lang girang menyambut kedatanganku..
"Ape kabo mak lang"
"Sihat Alhamdulillah",jawabnya..
"Bile nak gi luar negara ni?"
"Insyaallah bulan 9 kot"
"Mekkah,jordan,mesir?"
"Mesir la Mak lang"...
"ok2,ni buahnya..nanti makan ye,nanti kirim salam kat mak"pesan mak lang.
"Ala mak lang ni,dah suruh kirim salam,orng bukannya dah nak balik pun"
"dah tu??"
"nak gi kebun mak lang jap eh"
"oh.pegi la"..
"Baik-baik abang(gelaranku dalam keluarga)"
"nanti jatuh buah tu atas kepala",sound mak lang dari jauh.
"ok",jawabku ringkas.
"Wow,banyaknye buah durian mak lang"
"Alahamdulillah,rezeki dari Allah",balas Mak lang bersyukur.
"Abang balik dulu ye mak lang"
"time kaseh banyak-banyak ye"
"ok,baik-baik bawak kete,nantikan berlanggau"jawab maklang dengan sleng melakanya.
macam tu lah sleng orang melaka.
kalimah yang berakhir dengan 'a' dan 'r' pasti ditukar menjadi 'a' dan 'u'..
ular jadi ulau,pagar jadi pagau,laggar jadi langgau...
Lama dah tak cakap dengan sleng melaka
6 tahun lamanya,dah pelat dah..
Ana pun bertolak pulang..
sampai je kat rumah..
"oh abah dah balik"monolog lagi.
abah baru pulang dari kerjanya..
Abah ana bukanlah pegawai kerajaan,
bukan juga lulusan universiti..
abahku hanyalah lulusan pondok pasir tumboh dan Pattani selama 10 tahun(mungkin lebih),
Yang dulunya ketika dia membuat keputusan untuk belajar di pondok,
orang-orang kampung menhinanya...
"Woi Man,kau nak jadi ape hah belajau agama..dah la kat pondok pulak tu..Kau nak keje ape
nanti?? Dah kahwin nanti kau nak bagi anak bini kau makan pasir ke??"..
Begitulah sindiran mereka yang tidak faham..
Abahku tenang menghadapi semua itu..Sabar,hanya mampu mengadu padanya...
abah yakin,ezeki di tangan Allah..Kita lihat ape kesudahannya............
Namun apa yang berlaku hari ni??
Merekalah yang menunutut ilmu dengan abahku..
Abahku terus dengan kerjanya berdakwah menyebar ilmu kepada masyarakat..
Alhamdulillah,dia menjadi sabab kepada ramai yang mendapat hidayah daripada Allah..
Miskin ke Abah sekarang??
Anak-anaknya terpaksa makan pasir ke??
Takde pun...Anak-anaknya besar-besar belaka adalah..
tak percaya???
tengoklah gambar kat tepi tu...
Justeru,yakinlah sahabat-sahabat sekalian..
rezeki di tangan Allah..yakinlah!!!
"WALLAHU KHAIRIRRAAZIQIIN"jika kita ragu kepada satu sahaja ayat quran,maka
terbatallah 'aqidah kita..intabihu ya ikhwatii..
Maka jangan takut,teruskan kerja menegakkan agama Allah...
"jika panjang umur,mungkin 3 bulan je lagi disini"termenung ana sendirian
"aku bahagia bersama keluarga"
"moga-moga suatu hari nanti aku dikurniakan teman sejati yang dapat menerima aku dan
keluargaku seadanya.."aku berharap.
"beratnya nak tinggal rumah"..
Inilah ruamah ana sahabat-sahabat sekalian..
jemput la datang rumah..
Kat sinilah tempat kami sekeluarga berteduh dari hujan dan panas,
memupuk kasih sayang dan mahabbah bersama..
Rumah yang dibeli oleh abah ni akan ana tinggal tak lama lagi jika panjang umur...
"Jangan sedih Muzani,kau bukan anak manja yang lemah",gertak hati membakar semangat agar
tak luntur semangat perjuangan dek kerana perkara remeh(berjauhan dengan keluarga)..
Walaupun gembira di sini..
Jauh di sudut hati ana sentiasa merindui..
rindu kat siapa??
orang kat sana la...
siapa??
sahabat-sahabat la...
Kamal,Aiman,Mat,Bukhari,Ulwan,Amin di Bangi,Amir,Syed,Naseh di UIA,Khairuddin,Muiz,Hakim,Syukri,Nabili dll....
Uhibbukum lillah..
insyaallah kita jumpe 18hb ni..sekian
assalamualaikum..
Latest Entries »
Followers
Wednesday, June 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ye.. ana dah pg umah enta. cuma xngaja jer kat pondok tu.. hehe.. bagus2.. bakal pengganti abah enta nnt. teruskan usaha. Moga2 mendapat naungan daripada Allah dalam usaha mendidik n mentarbiyah generasi masa akan datang ke arah yang lebih bertaqwa.. Sokonglah PAS!! OPpss.. hehe.. Hidup islam..
Syukran amin..
Insya Allah kehadiran nta dan sahabat2 bakal mengubah landskap politik mesir..huhu.
Teruskan berkhidmat utk Islam di Malaysia. Smpai sini nanti, khidmat di Mesir plk.
Doakan ana n kawan2 d sini.
Kami menunggu kedatangan kamu wahai mujahidin!
Tinggi harapan tu..Insyaallah abg fahmi,mudah2an sempat la jadi anak didik abg Fahmi
Post a Comment